Monday, July 14, 2014

SUDUT RENUNGAN 3- SYUKUR



Dipetik dari : http://mindamubin.blogspot.com/
Gaji RM800? Tak cukup

Gaji RM2000? Masih tak cukup

Gaji RM5000? Lagi laaa tak cukup....

Makin besar gaji kita. Makin itu kita akan rasa, tak akan pernah-pernah cukup!! Sebab apa? Sebab ada penyakit KURANG bersyukur.. Gaji naik.'keinginan' juga naik..manusia tidak akan pernah puas..



“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)



 http://arnamee.blogspot.com


BELAJARLAH erti bersyukur.. bukan gaji sahaja...tapi perkara yang lain jugak.. :)

Sunday, July 13, 2014

SUDUT RENUNGAN 2 - BERSANGKA BAIK

Ini adalah kisah benar.. 

Sekadar perkongsian untuk renungan bersama..

Di tempat aku bekerja.. ada seorang hamba Allah yang bernama Ina (bukan nama sebenar) yang dikatakan mengalami masalah mental.  Sering kali di lihat bercakap seorang diri... kadang-kadang marah dengan tiba-tiba tanpa sebab.. Ramai budak office buat tak tahu jer..sebab dah biasa.. Ina sering dipandang sekejap normal dan sekejap tidak. Akhirnya, Ina telah di'pulau' di tempat kerja.

Sumber yang tidak sahih yang mengatakan Ina mempunyai masalah mental semakin berleluasa.. kasihan bukan?

Rupa-rupanya.. ada kisah di sebaliknya...

Ina bukan lah mengalami penyakit mental seperti yang di uar-uarkan.. rupa-rupanya Ina memang mempunyai sejenis 'penyakit' yang perlu dirawat..'penyakit' yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar..

Setahun lebih dah aku bekerja di situ.. setahun lebih juga aku menganggap Ina mempunyai masalah mental.. Ish..Ish..Ish..

Apa-apa pun.. aku doakan semoga Ina cepat sembuh yer! Aminn.. 

Dipetik dari: http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/

PENGAJARAN : Jangan sesekali bersangka buruk dengan orang. BERSANGKA BAIKLAH... Lebih-lebih lagi dapat sumber dari orang lain dan tak tahu cerita yang sebenar..

SEKIAN.. Wassalam~


Friday, July 4, 2014

SUDUT RENUNGAN 1- SUSAH & SENANG


Tanpa kita sedar..

Kita selalu mengadu..

Hubungan sesama manusia..

"Bila SUSAH kita dicari..bila SENANG kita dilupa.."

Tapi..pernah tak kita terfikir..padahal kita sama jer ..

"Bila kita susah baru kita ingat ALLAH..bila kita senang, ada kita ingat ALLAH??

Tepuk dada tanya iman... 

Bila orang buat macam tu dengan kita..sudah semestinya kita akan terasa sangat! Tetapi bila kita buat macam tu kat ALLAH. ALLAH tak terasa pun. Sebab apa? Sebab ALLAH kan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Subhanallah..