Sunday, November 20, 2011

ORang Baik di BaLas Baik

Setiap kebaikan yang kita lakukan, kita mesti yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan membalas dengan ganjaran yang lebih baik. Yakinlah, "what you give, you get back". Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Begitu juga dalam bekerja, sekiranya kita membuat suatu kerja dengan ikhlas dan gigih. Allah pasti akan membalaskan kebaikan kita. Walaupun Allah tidak membalas ganjaran kepada kita sendiri, tetapi mungkin Allah bagi ganjaran kepada orang lain yang dekat dengan kita. Boleh jadi kepada anak-anak kita, keluarga kita dan sebagainya. Contohnya, kita sentiasa berusaha gigih dalam bekerja, tetapi usaha kita dipersiakan Mungkin kita kecewa sebab tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tetapi, kita tidak tahu, barangkali Allah bagi ganjaran kepada anak-anak kita. Katalah, anak-anak kita semua nya belajar universiti. Itu pun dah satu ganjaran bagi kita. Yang mana kita hendak? Hendak naik pangkat atau hendak tengok anak-anak berjaya? La tahzan! Janganlah bersedih.
Seperkara lagi, sekiranya kita melakukan kebaikan kepada orang lain. Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang tersebut. Allah akan balas, tetapi mungkin bukan melalui orang yang kita buat kebaikan tadi.
Metafora atau analoginya begini. kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita.
Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer kemudian, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya, logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?
Tidak logik bukan?? Sebab kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya. Tetapi, ada kereta lain yang simpati dan kemudian memberi laluan untuk kita. Padahal, kereta itu tidak pernah sekalipun kita tolong. Allah telah menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikkan, tidak ada disitu untu membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikkan kita tadi. Subhanallah! Renungkanlah.. bagaimana yang berlaku dalam litar jalan raya begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi boleh jadi B atau C atau D atau lain-lain yang membalasnya. Ini lah hakikat yang berlakku dalam kehidupan ini dan kita tidak boleh kecewa jika keikhlasan kita dipersiakan.

p/s: Setiap kali kita membuat kebaikan, jangan lah mengharap balasan sesama manusia. Berharaplah dengan Allah swt. InsyaAllah...Allah swt pasti membalasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)


Idea asal: Dari buku beduk diketuk
Diubahsuai: Oleh putri durian. ehehe..

Monday, December 27, 2010

Koleksi Mutiara Kata -PD-

Assalamualaikum...

Semalam, ana bersyukur sangat2.. sebab ana terjumpa satu buku yang bertajuk "Menjadi Wanita Yang Paling Bahagia" penulis nya Dr. Aidh Abdullah Al Qarni. iaitu penulis buku La Tahzan..ana bli buku tu dan percuma buku kecik yang bertajuk "Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni". Tu la yang ana suka sgtttt... huhu.

Actly, ana memang dari dulu lagi suka baca ayat2 mutiara..kata-kata hikmah..smpai kan ana tampal ayat2 tu kat dinding bilik ana...=D... sejak bc buku tu..terdetik di hati ana nk tulis"Koleksi Mutiara Kata Putri Durian" kt blog nie plak..hihi..k.kalo ana jmpa kata2 yg best, ana letak dalam blog nie..utk perkongsian kita bersama k...kalo korang ada ayat2 yg best jugak..share2 lahh...(",) tp kebanyakan kata2 mutiara kt bawah nie ana ambik kt buku yg baru ana bli lah...sila lah baca dan hayati untuk renungan bersama~ =)

KOLEKSI MUTIARA KATA PUTRI DURIAN

Kebahagiaan ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang ; sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan'


"Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugian"


Sepotong roti kering dalam keamanan itu lebih lazat daripada madu dalam ketakutan, Tinggal di khemah tetapi terjaga dari fitnah itu lebih baik daripada tinggal di istana yang penuh fitnah

Dalam musibah itu terdapat 4 seni, iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan daripada Allah s.w.t

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

1-Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana sesuatu
perhiasan dunia nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia
melepaskan perhiasan itu.
2-Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3-Dia berkata kepada Sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan
kamu tetapi aku bukanlah orang yang paling baik dikalangan kalian,
maka berilah pertolongan kepada aku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutlah aku tetapi jika aku salah maka tegurlah aku."

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).Surah Al- Baqarah> Ayat 214

“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai Tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hamba-Mu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”
~Hadis riwayat Ahmad




Wednesday, November 3, 2010

Malu...malu...malu tahap cipan!!

Al kisahhh...

Kisah ini adalah kisah benarrrr.....

Location: (Kedai kek lapis tidak dinyatakan) Area kampung Boyan.

Bermula la satu kisah yg amat..amat..amat... memalukan, dan aku takkan lupa smpai kapan pun..huhuhu..
Begini cta nya...kwn kpd kosmet aku, soh aku bli kek lapis. kek lapis tu hrga nya RM10...dia soh pos la..so, dia bank in aku RM200 utk bli kek lapis.

Perbualan di dalam telefon

Aku : Awat hang bank in byk sgt...byk nye kek lapis yg hang nk bli..

Kwn kosmet: Byk ker??takpe la..terpulang la nk bli bpa...=)

Aku : k...RM60 kek lapis, RM50 ikan terubok..balance nya utk byr pos laju,kalo
ada baki lagi, sy bank in blik k...aku ckp kt dia..RM60 kek lapis dah
kira byk da...dpt 60 biji kek...

1 kek berharga RM10,n aku ckp kt dia..

----> 60 biji kek = RM 60( bijak tak aku..hehe..)

Lucu tol!konpiden jer aku order ngn mak cik yg jual kek lapis tu 60 biji kek...
Apa lgi..mak cik tu senyum smpai ke telinga la kot..60 biji kek..byk tuuuu.....fuhh..bygkan...mak cik tu dah tlg aku msukkan kek tu byk2 dlm kotak daa...siap dh nk balut utk aku dah pun...bkn nya sikit kotak yg digunakan..3-4 kotak weii..nseb bek aku perasan..aku sedar yg kek tu..6 biji baru dpt RM60...kalo tak...RM600 aku kena bayar kt mak cik tu! bakrupsi la aku..huhu

pastu, aku mtk maaf sgt2 kt mak cik tu..ye la..aku dh menghampakan dia utk bli kek byk2..sbg tanda mtk maaf..aku tlg mak cik tu susun balik kek yg dalam kotak ke atas meja tmpt dia jual tu...hehehe..(msa nk susun balik kek tu kn..malu aku time tu dh smpai ke tahap maksimum!! haha..lol)

Ya Allah..bila difikir blik..aku malu sgt2...rasa nk sorok jer muka aku dlm kotak kek lapis tu...mcm mna la aku bleh slh kira..bdk kcik pun tau kot...hahahahaha.....adoyai~..(+_+)


Pendrive berhantu??misteri??

Pendrive kingston berwarna 'purple' yang berharga rm38 4GB merupakan pendrive pertama yang aku beli. Aku sayang sgt2 pndrive tu, walaupun pendrive tu murah, tak seberapa tp pndrive tu lah segala-galanya bagi aku.., tanpa pndrive, susah lah aku hendak menjalani kehidupan ku sebagai seorg pelajar di kmpus UPMKB. hehe..=p



Story 1

Ok,berbalik kpd pendrive berhantu td. huhu..semester nie, aku praktikal. masa prktikal aku bawak laptop, laptop ku dalam beg laptop la..seperti biasa..di mana laptop di situ la ada pndrive. so, stiap kali aku bwk laptop kt office..mmg ku bwk pndrive laa...

Suatu hari , 2 minggu terakhir aku praktikal di office, pndrive aku ilang. Sebelum pndrive tu hilang, laz yg gna pndrive tu..bdk yg sma prktikal ngn aku. Bdk tu ckp dia letak dekat atas meja, punya lah sakan aku mncarinya..1 office aku cari. Beg laptop tmpt aku smpan pndrive tu..byk kali dah aku cari,tak jmpa2.. aku keluarkan semua barang dlm laptop aku...aku cari sungguh2! Sehingga aku betul2 yakin pndrive tu takda dlm beg, aku cari lgi kt office...kt meja, kt fail2..suma tmpt aku geledah...kalo dekat umah tu, aku tingat jer pndrive, aku bukak lg beg laptop, aku cari lgi...kdg2 aku pun plek gak, wlupun aku dh yakin tmpt tu takda..aku still lagi nk cari..mna la aku tau aku terlepas pndang ke..kn? so, beg laptop tu..aku rsa lebih 10 kali kot aku cari pndrive tu..mmg tak jmpa ar.....KOMPEM! hmm....hari demi hari..minggu demi minggu...smpai laz day aku prktikal kt office. pndrive msih blm jua ku temui.... ='(

Ari jumaat laz day aku prktikal, wlupun dh abis prktikal, ari rabu minggu depan nya aku terpksa pegi office, sbb ada bnda yg lain yg diuruskan...pagi tu aku pegi office, petang tu plak..flight aku..aku nk balik kmpus, sbb nk present LI n anta report kt lecterer. Berbalik plak pd cta td, haa.. di smping nk uruskan bnda yg aku nk uruskan kt office pagi tu..aku cari la pndrive aku...aku igt..aku akn jmpa tau...tp tak jmpa jgk..smpailah terdetik di hati aku..."Ya Allah, kalo btul la pndrive aku nie ilang, aku redha ya Allah, mgkn ada hikmah nya... aku yakin, dgn Izin Allah..Kau akn temukan aku dgn pndrive aku.. kalo takda jgk...aku berserah ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui"...time tu aku rsa 100% aku yakin, aku berserah dgn Allah..perasaan time tu..tenang sgt...wlupun pndrive yg aku syg telah hilang..aku redha...aku betul2 redha........
Lupakan segala psl pndrive...tiada lagi pndrive dlm ingatan ku..~

Tengahari tu, aku packing barang. 2 jam nk bertolak dr airport baru nk packing barang.ish3...
hm, mcm biasa, kalo brg kecik2 tak muat dlm bagasi, aku akn letak barng kcik2 tu ke dlm beg laptop sekali ngn laptop aku la...smpai la suatu ketika, time aku nk masok kan brg aku ke dlm laptop.....jengggg3x.....pndrive yg aku telah cari sekian lama..akhir nya aku jmpa,.....Alhamdullilah...hepy tahap cipan aku...bersyukur sgt2.........hepy ny aku time tu..seolah2 perasaan seorg ibu yg baru berjmpa anak nya yg telah sekian lma mghilang...~ada kena mengena ke?haha..ntah lah...yg pnting aku hepi..huhu..pndek kan cita..hnya Allah jer tau betapa hepi ny aku time tu....lalalalala...

ehem...~mari kita fikir sejenak,... yg aku plek sgt2..sekali aku bukak zip laptop, aku terus terjmpa pndrive tu..tak payah nk cari sungguh2 dah..mmg terus nmpak ar.....mcm seolah2...pndrive tu bru jer diletak oleh 'seseorang'...sblm nie, lebih 10 kali aku bukak beg laptop, aku yakin+konpiden+kompem yg pndrive tu takda kt ctu. mmg takda!! amacam??berhantu tak pendrive aku?kih3..

Hurmm.. kalo korg rsa,kwn aku kt office tu letak pndrive tu kt beg aku time aku g office pagi tu..mmg satu yg mustahil ar..sbb...time tu jer aku tak bwk laptop,.. kalo adik, bpk, mak, kakak aku yg letak..itu lg la mustahil...sgt2 mustahil.."no mungkin he" (hindustan pnya bhsa) hehe.. takpa la...aku tak kisah ar psl kemunculan pndrive tu..n aku tak peduli dr mna pndrive tu dtg...pndrive tu dtg dr langit ke...apa ke..aku tak pduli! yg pnting aku da jumpa pnrive kesayangan aku tu..!hehe..


Story 2

k..kisah nie len plak..psl pndrive jgk...tak abeh2..hihi...

k...igt lagi tak..story aku kt atas tu, aku ckp flight aku kt bntulu, ala..yg aku ckp nk blik kmpus tu,..nk present n anta report LI ngn lecterer...igt kn?ok...cta nya begini~

report pun dh di hantar...pastu..ari sabtu tu, kta org present plak..present depan lecterer...present ttg LI ar..okey...time aku present,sudah semestinya..aku msukkan slide present ke dalam pndrive kesayangan aku tu...see, betapa pnting ny pndrive aku tu...sbb tu la aku syg pndrive tu..hoho...so, time present sbtu tu..aku bwk pndrive jer la kan...aku cucuk la pndrive aku ke dlm kmputer upm..-present sabtu 23.10.10 1(10.45 a.m)

present pun dh berakhir...aku balik la ke bilik...asrama la...

ari selasa 25.10.10(4.30 pm)...besok nya aku nk balik kuching semula..start cuti sem la..

petang tu, time aku ngah men facebook..aku bru sedar yg pndrive kesayangan aku tu hilang! hilang utk kali keduanya..igt lgi tak aku cucuk pndrive aku kt kmputer upm time aku present tu..aku lupa nk ambil balik!..lupa!!!!...fuhhh..bygkan...30 minit lagi upm nk tutup..mksd aku...staff upm yg jga bilik kuliah tu..nk balik la..office hour 8am-5pm dh abis la..aku trus p bilik kwn aku..pnjam motor...nk p bilik kuliah..nk cari pndrive tu balik..dh smpai ke situ, bilik tu plak kunci,staff plak takda... aku kol staff situ(nsib bek die letak no.fon staff tu kt pntu). 10 minit kemudian staff tu pun smpai...~

tetapi, pndrive tu takda...mgkn org dh ambik~ pak cik(staff) tu ckp...ada kelas pagi td...hmm...takpa la...time aku odw nk p bilik kuliah td pun(time aku atas motor) .mmg aku dh berfikir da...mmg mstahil aku jmpa pndrve tu blik, sbb msti dh ada student yg gna bilik tu. Tp,takpa..yg penting aku ada usaha utk cari pndrive tu..

pndrive tu btul2 takda...n..aku tak lupa berdoa...yakin 100%..kalo Allah nk jumpakan aku dgn pndrive tu..msti jmpa punyer..prcya la..wahhh..konpiden nya! haha...bgus2.."semangat tok"!!(bhs srwk) =p

okey..pstu..keesokkan hari nya..26.10.10...aku bertolak ke airport..aku p airport nek bas yg disediakan,..skali ngn kwn2 aku yg dok semnjung. flight kwn aku pukul 6.58pm cmtu kot..flight aku plak pukul 8.05pm...dh smpai airport da pun..pndrive tu mmg kmpem hilang ar...(tp dlm ati, tetap tenang n redha atas kehilangan pndrive tu..mcm story 1 td.. berserah~hehe

kwn rapat aku yg nk p smnjung tu..dh masuk dlm balai berlepas da..tinggal la aku sorg2~...=(

tba2...tak smpai 15 minit kwn rapat aku yg msuk balai berlepas tu..kol aku..dia ckp..."pndrive ko ke yg wrna purple,4GB, yg bertali tu?"

"Ye...Ye...pndrive aku...pndrive akuuu........hahahaha..akhirnya~ Alhamdullilah....."

Rupe2 nya..msa present ari tu..kwn aku tu slh ambik...pndrive kte org serupa..die igt pndrive yg die amik tu..pndrive dia..so,,,,..pndrive dia yg hilang rupanya..sbr jer la ct~ hehehehehehehehe..


Pengajaran:

Aku ckp pndrive nie berhantu sbb stiap kali pendrive ku hilang jer..muncul balik kt aku..hahaha..takda lah..gurau jer..pngajaran yg aku nk smpaikan ialah...bila barang yg kta syg hilang...berusaha la cari barang tu ~pastu,doa...kalo tak jmpa jgk....berserah ngn Allah..yakin sepenuh nya dgn Allah..100%! bkn 99% ke bwh!! kalo masih lagi tak jmpa..jgn bersedih..La Tahzan..rilex..tenang jer.....aggp bnda yg hilang tu mmg dh ditakdirkan hilang..n mngkin ada hikmahnya~Kalo kta betul2 rsa mcm tu, InsyaAllah! Dgn izin Allah, brg yg hilang tu psti akan ketemu...~wallahualam. =)


Dicatat oleh: Putri durian

Wednesday, October 20, 2010

Khas untuk suami isteri...bes article! baca la..hehehe..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!



Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,


“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 


Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan.....

Friday, June 18, 2010

Malaikat maut menziarahi kita???

Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit.


Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minitINI

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

Renung-renungkan..dan selamat beramal! ^_^

petikan drpd Nuraini dahlan

Remaja dulu vs remaja kini

Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

Remaja Kini...

Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!
Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.


Petikan
www.iluvislam.com
Oleh: Hudaukhwah
Editor: RosNiza Abdullah
Loading...