Sunday, November 20, 2011

ORang Baik di BaLas Baik

Setiap kebaikan yang kita lakukan, kita mesti yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan membalas dengan ganjaran yang lebih baik. Yakinlah, "what you give, you get back". Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Begitu juga dalam bekerja, sekiranya kita membuat suatu kerja dengan ikhlas dan gigih. Allah pasti akan membalaskan kebaikan kita. Walaupun Allah tidak membalas ganjaran kepada kita sendiri, tetapi mungkin Allah bagi ganjaran kepada orang lain yang dekat dengan kita. Boleh jadi kepada anak-anak kita, keluarga kita dan sebagainya. Contohnya, kita sentiasa berusaha gigih dalam bekerja, tetapi usaha kita dipersiakan Mungkin kita kecewa sebab tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tetapi, kita tidak tahu, barangkali Allah bagi ganjaran kepada anak-anak kita. Katalah, anak-anak kita semua nya belajar universiti. Itu pun dah satu ganjaran bagi kita. Yang mana kita hendak? Hendak naik pangkat atau hendak tengok anak-anak berjaya? La tahzan! Janganlah bersedih.
Seperkara lagi, sekiranya kita melakukan kebaikan kepada orang lain. Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang tersebut. Allah akan balas, tetapi mungkin bukan melalui orang yang kita buat kebaikan tadi.
Metafora atau analoginya begini. kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita.
Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer kemudian, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya, logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?
Tidak logik bukan?? Sebab kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya. Tetapi, ada kereta lain yang simpati dan kemudian memberi laluan untuk kita. Padahal, kereta itu tidak pernah sekalipun kita tolong. Allah telah menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikkan, tidak ada disitu untu membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikkan kita tadi. Subhanallah! Renungkanlah.. bagaimana yang berlaku dalam litar jalan raya begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi boleh jadi B atau C atau D atau lain-lain yang membalasnya. Ini lah hakikat yang berlakku dalam kehidupan ini dan kita tidak boleh kecewa jika keikhlasan kita dipersiakan.

p/s: Setiap kali kita membuat kebaikan, jangan lah mengharap balasan sesama manusia. Berharaplah dengan Allah swt. InsyaAllah...Allah swt pasti membalasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)


Idea asal: Dari buku beduk diketuk
Diubahsuai: Oleh putri durian. ehehe..