Saturday, July 18, 2009

kesimpulan couple..

Kesimpulannya,.dah jelas lah..yg couple itu haram..jangan lah kita sesekali cuba menghalalkan benda yang jelas haram.

So,kalo kita suka dengan someone..tak salah..sbb suka dh menjadi 1 fitrah semula jadi manusia. Kalo boleh,kalau kita suka org tu..biar pendam kan..mana lah tau..jodoh kte dgn die…

nk dengar 1 story tak?nie kisah betul2 berlaku...zaman Rasullulah..tp story nie jalan cta yg sma..cuma ayat die di ubah moden sikit ar..hehehe..

PERBUALAN SUAMI ISTERI

isteri: Abang,dulu kan..sy pernah mengkagumi seorang lelaki nie...(menyukai lelaki tu ar..)

suami: kalo awk kagum dengan lelaki tu...kenapa kwin dengan abang (dgn nada yg sikit cmburu)

isteri: kalo abg nk tau..abg lah lelaki yg saya kagumi itu...

so, apa yg kta dpt simpulkan story di atas?si istri..memendam perasaan suka terhadap lelaki tu kan??akhirnya..lelaki itu menjadi suami die...

“jika hamba Allah cuba menahan diri dari sesuatu yang haram,maka Allah memberi keinginan nya itu dengan sesuatu yang halal..”

ramai bdk2 yg bg komen.."kalo tak couple..mcm mne nk kenal ati budi org tu"...

k..sy tanya anda smua?org bcinta bertahun2...akhirnya kwin..tp..kenapa ati budi pasangannya itu..bru diketahui after kwin?smpai ade yg bercerai berai...

sblm kwin sume nya indah belaka,dipijak semut pun tak mati....bila bergaduh...ckp pun slow talk...jentik pun tak pernah..tp..bila after kwin...fuhh..slow talk pun dah jadi "high talk"...tgn yg tak pernah jentik pun..dah jdi sebalik nya..

so,jgn jdi kan couple itu sbgai satu alasan untuk mengenali ati budi pasangan kta.

kta tak perlu takut prangai jodoh kta cmner...sbb suma dh dtetapkan Allah...swt

surah An nur ayat 26..

"perempuan yang baik,untuk lelaki yang baik..dan perempuan yang jahat,untuk lelaki yang jahat."

tp igt..kalo perempuan yang baik..kene jdoh dengan lelaki yang jahat...tu ada lah ujian yang Allah berikan...bgitu lah sbalik nya.

"barang siapa yang Allah mahukan kebaikan untuk dirinya,maka Dia akan mengujinya dengan kesusahan"-riwayat Al Bukhari

senjata untuk mencari jodoh…berdoa…bknnya bercouple.

Ingat…cinta pd ALLAH yg paling utama. Allah yang layak utk dicinta..cinta pada bunga,bunga akan layu,cinta pada manusia manusia akan mati,cinta pada ALLAH adalah kekal abadi…


Dicatat oleh : putri_durian


10 "faedah" bercouple

1)Seronok (dpt fitnah)...
2) Seronok (dpt dosa)...
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)... tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas... berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating... tak pulak risau!)...
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...
8)Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj... .yg lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah... sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)..
10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...

Kisah Malaikat yang membawa catatan amal


-->
Telah berkata Mu’az bahawa Rasullulah SAW katanya: “AKu akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadith yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana Nabi pun kepada umatnya,jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat bererti putuslah hujahmu disisi Allah SWT pada hari kiamat.” Sabda Rasullulah SAW lagi: “ Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi setiap langit ada aseorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.
Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pagi hingga petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal seorang hamba itu cukup baik dan banyak,tiba-tiba malaikat berkata:” Berhentilah! Dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkan padamu,aku bahagian ghibah,sedang ia selalu menggibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain-lainku.”
Lalu malaikat hafhadah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya terang sehingga sampai ke langit kedua malaikat berkat: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakana bahawa Allah SWT tidak mengampunkan baginya sebab ia beramal untuk mencari kemewahan dunia. Dan berkata lagi malaikat tersebut: “Aku adalah bahagian urusan dunia,aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku.
Setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi dengan sedekah dan sembahyang,sampai kagum malaikat hafadhah. Apabila sampai langit yang ketiga,maka berkata malaikat disitu: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakana bahwa Allah tidak mengampunkan baginya.” Berkata malaikat itu lagi : ”Aku adalah bahagian sombong,dan setiap orang yang beramal tetapi menyombongi orang di majlis-majlis mereka ,maka Allah SWT telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang melebihi ku kepada orang yang lain.
Kemudian malaikat hafadhah membawa amal orang yang berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa apabila telah sampai pada langit yang keempat,lalu berkata malaikat di situ: “ Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke muka nya dan katakan padanya Allah SWT tidak mengampun kan baginya.” Berkata malaikat itu lagi : “ Aku adalah bahagian bangga diri, Allah SWT telah menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihi dariku kepada yang lain. Lalu dilemparkan amal orang tiu ke mukanya di sertai kutukan laknat selama tiga hari.
Setelah itu naik pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagai pengantin yang akan dihantar kepada isterinya. Lalu sampai ke langit yang kelima,penuh dengan jihad sembahyang,lalu berkat malaikat yang bertugas di situ “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kerana Allah SWT.ia hasad dengki pada mereka dan selalu mencaci mereka dipikulkan di atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.
Kemudian datang lagi Malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wudhuk dan sembahyang malam yang banyak apabila sampai pada langit yang keenam maka berkata malaikat yang bertugas di situ katanya. : “ berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke muka nya.” Berkata malaikat itu lagi: “aku adalah malaikat bahagian rahmat,orang itu tidak mempunyai rasa rahmat pada sesiapa pun,bahkan bila ia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu. Dan Allah SWT telah menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampau aku.
Datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh dengan kejujuran dan kerajinan dan warak serta bercahaya bagaikan kilat,setelah sampai pada langit yang ke tujuh,maka berkata malaikat yang bertugas di situ: “ Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutupkan hatinya,aku adalah malaikat bahagian hijab,menutup jalan tiga amal yang bukan kerana Allah SWT, sebab dia hanya menginginkan kedudukan dan nama di majlis dan di kota-kota, oleh itu aku telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya tidak melepaskan amal itu melebihi daripadaku.
Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang berhias dengan akhlak dan diam serta dengan zikir yang banyak dihantar oleh malaikat sehingga sampai di bawah Arsy,lalu mereka bersaksi atas semua amal itu,lalu Allah berfirman : “kamu mencatat amal hambaku dan Aku yang mengawasi hatinya dia tidak beramal untuk keredhaanku,dia beramal untuk selainKU maka ia mendapat laknat (kutukanKu)” berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi: “memang selayaknya ia mendapat laknatMu dan laknat kami.” Berkata penduduk langit: “ia mendapat laknat Allah SWT dan laknat tujuh petala langit dan bumi serta laknat kami.”
Setelah mendengar apa yang Rasullulah SAW ceritakan itu maka Mu’az pun menangis dan ia berkata: “Ya Rasullulah SAW,apakah yang harus aku buat?” Rasullulah SAW bersabda: “Hai Mu’az ikutilah jejak Nabimu dan teguhkan keyakinanmu walaupun amalmu kurang,hentikan lidah mu dari berkata-katakan hal saudaramu,hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain (iaitu jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain) jangan memuji-muji dirimu dengan memburukkan orang lain dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu dan jangan beramal untuk di lihat atau dipuji orang.:”
Sumber rujukan: Himpunan Kisah-kisah Malaikat (Muhammad Isa Selamat)

Friday, July 17, 2009

video "couple"

couple itu HARAM (episod 3)

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya Allah, post ni akan membicarakan sedikit hal berkenaan soalan kat bahagian 2 sebelum ni, iaitu cara2 mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yg paling sempurna dan satu-satunya agama yg diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yg ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yg sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" (feel free to listen to his kuliyyah) di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yg sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."




Sebagai contoh, katakan Syafiq sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal, bukannya masih terikat dengan 2 final exam dan perjanjian JPA). Dan sekarang adalah masa yg sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yg sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'S' (bukan nama sebenar). Syafiq berharat untuk memperisterikan si 'S'. Syafiq yg sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'S' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'S' sudah bersetuju dan si 'S' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Syafiq pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'S'. Tidak timbul langsung hal2 maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'S' sudah menjadi tunangan Syafiq, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'S', walaupun lelaki itu adalah 'J' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalo perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki plak, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara2 yg bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama2 menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yg akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda. Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yg diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yg hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yg bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas2 pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."



Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yg diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni (atas 'permintaan' ramai), diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yg sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan2 sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yg ber'couple' tu, cepat2 la break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang plak ade yg tinggal2 (na'udzubillah) (kalo perempuan lagi la) pastu tambah plak dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati? Tak pun tengah nk jumpe 'couple' masing2 kt common room pastu jatuh tergolek terus 'jalan', macam mane? Memang la dosa masing-masing tanggung, tapi kalo dah mati orang lain gak yg tolong mandikan, kapankan, tanamkan. Ke ade yg belajar ilmu dari 'ayah pin' sampai boleh uruskan jenazah sendiri?

Kalo sape yg rase berat hati nk clash tu meh sini aku tolong 'clash'kan. Part2 meng-clash-kan orang yg ber'couple' secara haram ni memang speciality aku..hehe..

(ok..serius balik)

Dan janganlah pula kita menjadi orang yg menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiya ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Apabila sudah diketahui hukum2 Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yg haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yg di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiya ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yg mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan2 kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yg ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yg sementara ni, di syurga yg kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian. Wallahua'lam.

Petikan dari: http://junaid-al-malizi.blogspot.com/

couple itu HARAM (episod 2)

Insya ALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' sebab aku rasa bahagian ni penting untuk kita fahami betul2 supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yg buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya (na'udzubillah). Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain. (contoh yg paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan2 ku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yg satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.


Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."


Gambar hiasan

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yg dilarang itu dapat memberi mudarat yg besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara2 mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang2 yg membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yg membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)


Tapi, juga nak diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tak lekang mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yg berpanjangan tanpa membicarakan hal2 yg penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yg paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yg menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran2-nya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan tuan punya blog menaip post sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung next post, "Couple"? Haram ke? [Episod 3], Insya Allah.

Petikan dari: http://junaid-al-malizi.blogspot.com/

couple itu HARAM (episod 1)

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yg hanya terbuka setengah cm.

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yg terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yg mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

(aisey..lebey2 lak aku ni)

Lebih kurang camni la kot respon kawan2 kita bila nampak perempuan cantik (zahir je..). Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata2 liar. Mungkin diorang tak tau yg panahan mata tu akan berbalik kat diorang sendiri akhirnya. Sedih. Kadang2 aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal2 macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga2 diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yg kadang2 tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yg boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yg beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka..."


Jika seseorang individu tu tak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang macam ni :

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar (naudzubillah)

Sebenarnya sequence ni memang reliable kalo difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama'2 dan ustaz2 yg berpendapat sama seperti pendapat yg aku terangkan kat atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yg akhirnya bercambah menjadi dahan2 maksiat yg merimbun. Zina bermula dengan pandangan yg tak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina. Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' kat sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yg jaraknya, let say 1220 langkah. Bila Ali melangkah setapak keluar rumah je itu dah dikira mendekati kedai tersebut, agree? So, pandangan yg tak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah kat mana2. Paling berlambak kat shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan, kat sekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yg aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yg berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yg bercouple ni tak tau hukum yg sebenarnya. So, artikel yg aku jumpa ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Kalo sape2 yg tengah bercouple atau hampir nak bercouple, pastu dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati2. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalo nak ikut nafsu syaitan gak, then go for it. Tapi ingat azab Allah kat akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.


Petikan dari: http://junaid-al-malizi.blogspot.com/2008/10/couple-haram-ke.html

10 'K' Dalam Persahabatan

"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."


Di sini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai pendapat saya tentang persahabatan. Selama 19 tahun hidup di bumi Illahi ini, telah banyak perkara yang saya pelajari tentang kehidupan. Tentang keluarga, cinta dan per
sahabatan.

Namun, hari ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai semua yang telah saya lalui sepanjang bersahabat dengan bermacam-macam jenis manusia. Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan k
elemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap s
ahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat d
engan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.



"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"



10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan
akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya ki
ta curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika ber
sahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia ter
hadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam
menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita.
Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu m
eminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa saha
bat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegemb
iraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak.
Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

kepada sahabat saya sidah,wlupun kta jauh..amalkan lah 10 K nie yer.....tp,aku rasa..ciri2 10 k nie sume dah ada ko sidah..=') kalo ko rindu kat kta org..tgk video yg ku wat tu...miz u a lots!!!


Petikan dari : http://www.iluvislam.com/v1/news.php