Friday, June 18, 2010

Selamat tinggal sahabat....

Ex-stdnt TekMat (PPN o6/o7) iaitu Mohd Shafiq bin Abdul Razak @ Apai telah kembali ke Rahmatullah pada 23.April.2010~Al-Fatihah



















Ajal maut semua di tangan Tuhan..mati tak kira umur..arwah meninggal ketika berumur 20 tahun..hm..kenangan bersama arwah waktu dalam kelas dulu..lawak jenaka nya..x kan kita orang lupa kan sampai bila2....Takziah juga buat keluarga arwah..Allah lebih sayang kan arwah...dan doakan smga roh nya bersemadi dikalangan org2 yg beriman..Amin~

buat teman-temanku,teruskan perjuangan kalian...Allah sentiasa bersama kita..La Tahzan...

Kau Sahabat Kau Teman
Artist: Hijjaz


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” Surah Al-Ankabut ayat 57


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” Surah Al-Jumu'ah ayat 8

No comments:

Post a Comment