Friday, July 17, 2009

couple itu HARAM (episod 1)

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yg hanya terbuka setengah cm.

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yg terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yg mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

(aisey..lebey2 lak aku ni)

Lebih kurang camni la kot respon kawan2 kita bila nampak perempuan cantik (zahir je..). Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata2 liar. Mungkin diorang tak tau yg panahan mata tu akan berbalik kat diorang sendiri akhirnya. Sedih. Kadang2 aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal2 macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga2 diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yg kadang2 tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yg boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yg beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka..."


Jika seseorang individu tu tak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang macam ni :

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar (naudzubillah)

Sebenarnya sequence ni memang reliable kalo difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama'2 dan ustaz2 yg berpendapat sama seperti pendapat yg aku terangkan kat atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yg akhirnya bercambah menjadi dahan2 maksiat yg merimbun. Zina bermula dengan pandangan yg tak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina. Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' kat sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yg jaraknya, let say 1220 langkah. Bila Ali melangkah setapak keluar rumah je itu dah dikira mendekati kedai tersebut, agree? So, pandangan yg tak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah kat mana2. Paling berlambak kat shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan, kat sekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yg aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yg berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yg bercouple ni tak tau hukum yg sebenarnya. So, artikel yg aku jumpa ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Kalo sape2 yg tengah bercouple atau hampir nak bercouple, pastu dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati2. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalo nak ikut nafsu syaitan gak, then go for it. Tapi ingat azab Allah kat akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.


Petikan dari: http://junaid-al-malizi.blogspot.com/2008/10/couple-haram-ke.html

No comments:

Post a Comment