Friday, July 17, 2009

couple itu HARAM (episod 3)

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya Allah, post ni akan membicarakan sedikit hal berkenaan soalan kat bahagian 2 sebelum ni, iaitu cara2 mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yg paling sempurna dan satu-satunya agama yg diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yg ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yg sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" (feel free to listen to his kuliyyah) di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yg sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."




Sebagai contoh, katakan Syafiq sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal, bukannya masih terikat dengan 2 final exam dan perjanjian JPA). Dan sekarang adalah masa yg sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yg sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'S' (bukan nama sebenar). Syafiq berharat untuk memperisterikan si 'S'. Syafiq yg sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'S' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'S' sudah bersetuju dan si 'S' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Syafiq pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'S'. Tidak timbul langsung hal2 maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'S' sudah menjadi tunangan Syafiq, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'S', walaupun lelaki itu adalah 'J' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalo perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki plak, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara2 yg bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama2 menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yg akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda. Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yg diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yg hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yg bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas2 pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."



Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yg diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni (atas 'permintaan' ramai), diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yg sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan2 sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yg ber'couple' tu, cepat2 la break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang plak ade yg tinggal2 (na'udzubillah) (kalo perempuan lagi la) pastu tambah plak dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati? Tak pun tengah nk jumpe 'couple' masing2 kt common room pastu jatuh tergolek terus 'jalan', macam mane? Memang la dosa masing-masing tanggung, tapi kalo dah mati orang lain gak yg tolong mandikan, kapankan, tanamkan. Ke ade yg belajar ilmu dari 'ayah pin' sampai boleh uruskan jenazah sendiri?

Kalo sape yg rase berat hati nk clash tu meh sini aku tolong 'clash'kan. Part2 meng-clash-kan orang yg ber'couple' secara haram ni memang speciality aku..hehe..

(ok..serius balik)

Dan janganlah pula kita menjadi orang yg menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiya ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Apabila sudah diketahui hukum2 Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yg haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yg di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiya ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yg mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan2 kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yg ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yg sementara ni, di syurga yg kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian. Wallahua'lam.

Petikan dari: http://junaid-al-malizi.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment